Filem Malaysia Berjaya Mendapat Kutipan Lebih daripada RM 500 000 Sebelum Ditayangkan di Pawagam

Published by Sabrina Alauddin @ 16/11/2017

The Kid From The Big Apple 2: Before We Forget mendapat sambutan yang membanggakan untuk filem tempatan apabila berjaya memperoleh lebih daripada RM500,000 hasil jualan box office sebelum tayangan umumnya di pawagam. Filem ini adalah sekuel dari filem pertama,The Kid From The Big Apple, yang telah memenangi pelbagai anugerah tempatan dan antarabangsa.

Pengedar filem tersebut, GSC movies, mula menjual tiket pada bulan Oktober dan hingga kini lebih 153 tempahan tayangan telah dibuat dan seramai 30 000 orang dijangka akan menontonnya.

Sekuel ini disambung dengan pengakhiran filem yang pertama di mana Chun Gen (Ti Lung) berpindah ke rumah baru keluarganya. Walau bagaimana pun, pada kali ini, filem ini menyelami elemen sentimental yang lebih mendalam dengan menyentuh isu-isu realiti semasa yang melibatkan semua lapisan masyarakat.

Filem ini akan mula ditayangkan pada hari ini, 16 November, dan disusuli ke Singapura, Taiwan dan Hong Kong.