PANGGILAN BAGI ‘EXPORTABLE MUSIC PROJECT’: 2019 MIDEM MUSIC INDUSTRY ARTIST ACCELERATOR (TARIKH AKHIR: 3 FEB 2019)

Published by Idan Ma'at @ 24/01/2019

The Midem Artist Accelerator adalah pemacu kerjaya antarabangsa pertama untuk bakat-bakat yang baru muncul di dalam industri. Program ini direka untuk menyokong pengurus, ejen, label dan penerbit bagi memberi laluan untuk mereka mengembangkan lagi profil mereka di seluruh dunia.

Didirikan sebagai kem boot eksklusif, The Midem Artist Accelerator memberikan peluang yang unik untuk mengakses pengetahuan dan pengalaman perniagaan dalam penyelesaian eksport dan inovatif. Sebelas artis akan dipilih oleh Elite Artistic Committee, yang terdiri daripada mereka yang berpengalaman dan berpengaruh di dalam komuniti muzik global. Sebanyak 11 pemenang akan membuat persembahan secara langsung dan memasuki sesi persidangan dan sesi bimbingan yang dipilih dari mentor di dalam industri dan pemain industri utama dari komuniti muzik global.

Faedah:

• Berpeluang untuk membuat persembahan secara langsung di pantai Cannes

• Manfaat daripada program yang telah direka khusus termasuk:

- Berpeluang untuk menyertai barisan persidangan yang terpilih

- Sesi pembelajaran dan pembinaan dengan mentor daripada dalam industri

- Peluang untuk mengukuhkan rangkaian

Kriteria pemilihan:

• Berumur 18 tahun ke atas.

• Menjadi artis atau band individu.

• Mempunyai pasukan sokongan profesional yang berdedikasi (pengurus, label, ejen dan sebagainya).

• Mampu untuk mendemonstrasi strategi liputan media di rangkaian sosial.

• Mempunyai perjanjian rakaman atau penerbitan.

• Mempunyai sekurang-kurangnya lima persembahan rasmi secara langsung yang dipentaskan pada tahun 2018 dan 2019.

• Membentangkan strategi pembangunan kerjaya (termasuk eksport) berserta objektif

Davido (penyanyi - penulis lagu) hadir di Persidangan MIDEM

Syarat dan Kelayakan:

• Artis / band wajib untuk menghadiri Midem dari 4 hingga 7 Jun 2019 di Cannes, Perancis. Program terperinci bagi semua sesi akan diberitahu pada bulan April.

• Sekiranya artis / band tidak dapat hadir sepanjang tempoh acara tersebut, sekurang-kurangnya seorang atau wakil (sebaik-baiknya pengurus) mestilah hadir untuk mengikuti program ini.

• Artis / band diminta untuk tiba di Cannes sekurang-kurangnya satu hari lebih awal untuk melaksanakan keperluan dan latihan teknikal serta penjadualan latihan.

• Artis / band mesti bersedia untuk tampil di Midem di Cannes pada tarikh yang diperuntukkan oleh pasukan Midem. Tarikh dan jadual pameran akan disampaikan oleh pasukan Midem sebaik sahaja program disahkan.

• Artis / band diminta untuk mengendalikan formaliti visa apabila diperlukan.

• Artis / band mesti mempersiapkan Midem dengan semua dokumentasi pentadbiran sebelum pertengahan April 2019.

• Pengurus artis / band mesti memastikan setiap artis menandatangani kontrak bersama Midem sebelum melakukan persembahan.

• Midem akan menyediakan para finalis dengan yang berikut:

• Sebuah pameran secara langsung di hadapan perwakilan dan orang awam.

• Kemudahan terkini untuk PA / pencahayaan / panggung.

• Bantuan profesional oleh pasukan teknikal dan logistik Midem.

• Kesesuaian pentadbiran dan gaji artis.

Hall of Fame MIDEM 2018

Marilah sertai program career booster bagi artis!

Midem 2019 akan berlangsung secara berprestij di Cannes, Perancis dari 4 hingga 7 Jun 2019.

Tarikh tutup permohonan adalah 3 Februari 2019 dan pihak yang berkepentingan boleh memohon di sini: http://bit.ly/2RAkajl

Untuk maklumat lanjut tentang Midem dan Artist Accelerator sila kunjungi: http://www.midem.com/en/competitions-concerts/artist-accelerator/