DEWAN PERDAGANGAN PEMBUATAN PERABOT ANTARABANGSA (IFMCC) MENJANGKA KERUGIAN RM108 JUTA DALAM TEMPOH TIGA BULAN

Published by Lavinesh @ 02/04/2020

Pengerusi IFMCC, Encik MENG CHIN HIANG

Dewan Perabot Perdagangan Pembuatan Perabot Antarabangsa (IFMCC) meminta sokongan daripada kerajaan Malaysia terhadap pengilang perabot dan Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS/SME) semasa Wabak Covid-19 ini. Mereka telah mengalami kesusahan yang amat pesat, mengakibatkan kerugian besar dan tiada pendapatan. Kerjasama dengan kerajaan dan penyepaduan sumber diperlukan untuk mengurangkan kesan yang dibangkitkan oleh pandemik ini.

Bertempat Ke-9 di seluruh dunia, Malaysia adalah salah satu negara yang teratas dalam pengeksportan perabot dengan berjaya mengumpulkan sejumlah USD 2.3 Bilion pada tahun 2019. Dewan Perabot Perdagangan Pembuatan Perabot Antarabangsa (IFMCC) terdiri daripada pengilang-pengilang perabot yang terbaik di Malaysia yang telahpun mencapai sejumlah RM 432 juta dalam penjualan perabot setiap tahun. Perintah Kawalan Pergerakan 2020 (MCO) yang dikenakan oleh kerajaan semasa wabak Covid-19 telah menimbul banyak cabaran dan kesukaran terhadap warganegara Malaysia, terutamanya terhadap perniagaan yang tengah mengalami krisis kewangan.  

IFMCC menyatakan bahawa perintah kawalan pergerakan 2020 telah menjejaskan perniagaan perabot di Malaysia dan telah mengumpulkan kerugian sebanyak RM5 juta dalam tempoh dua minggu pertama semasa kuarantin ini. Kebanyakan pembeli perabot membatalkan persanannya disebabkan masyarakat Malaysia amat bimbang atas kekurangan makanan dan bekalan keperluan harian semasa MCO, dan mengutamakan pembelian untuk bekalan keperluan; oleh kerana itu, beribu-ribu projek perabot yang dibatalkan oleh pembeli dibiarkan di kilang tanpa sebarang jualan.

Beribu-ribu projek perabot yang dibatalkan oleh pembeli dibiarkan di kilang tanpa sebarang jualan.

Ahli-ahli IFMCC mengadapi kerugian yang amat besar dan tidak mempunyai sebarang Jualan. Ahli-ahli terpaksa menanggung sewa untuk kilang, upah pekerja, permit pekerja asing, dan sebagainya tanpa beroperasi dan tiada pendapatan semasa MCO. IFMCC menganggarkan kerugian sebanyak RM108 Juta dalam tempoh masa 3 bulan; anggaran 3 bulan sebelum kebanyakan perniagaan perabot terpaksa ditutup. Kerajaan Malaysia perlu mengambil tindakan segera atas isu-isu ini, dan mengekalkan posisi Malaysia sebagai negara pengeksport perabot teratas supaya negara kami tidak menghadapi kejatuhan ekonomi yang kritikal. Kadar pengangguran akan meningkat dan keadaan kewangan Malaysia akan hancur sekiranya syarikat-syarikat perkilangan perabot ditutup. Dengan itu, IFMCC merayu kepada Kerajaan Malaysia untuk memberi bantuan terhadap ahli perniagaan perabot dan juga PKS secara permintaan operasi separa, subsidi, pengurangan cukai, mengurangkan sewa, pampasan kewangan, dan pengurangan caj elektrik yang lebih komprehensif.

Ahli-ahli terpaksa menanggung upah pekerja, permit pekerja asing, dan sebagainya.

Pada masa ini, Amerika Syarikat telah memperuntukkan sejumlah wang USD 367 Bilion sebagai peminjaman perniagaan untuk PKS, manakala pakej rangsangan yang ditawarkan oleh United Kingdom melingkupi peminjaman perniagaan sebanyak USD 402 Billion dan 80% daripada gaji bulanan kakitangan akan disubsidi oleh kerajaan mereka. Singapura menyumbang subsidi gaji untuk semua perniagaan dan Thailand menawarkan peminjaman perniagaan dan pengurangan cukai untuk semua perniagaan. Dalam masa-masa kritikal ini, kerajaan Malaysia perlu mengikut negara-negara yang dinyatakan sebagai contoh dan menyalurkan bantuan sebisanya kepada PKS. Kerajaan Malaysia perlu memastikan mereka mempunyai dana yang mencukupi untuk mengekalkan perniagaan dan mengelakkan penutupan perniagaan.