DATO’ DR. CALVIN YAP MELANCARKAN CAWANGAN ‘CAR KING ACADEMY’ PERTAMA DI TAMAN BUKIT CHERAS

Published by Kevin Chong @ 01/10/2020

Majlis pelancaran Car King Academy

Dato’ Dr. Calvin Yap telah mengadakan majlis pra-pelancaran, untuk menyambut pelancaran cawangan ‘Car King Academy’ baharu di Cheras. Dikenali sebagai raja kereta, ataupun Car King kerana telah menjual lebih daripada 1 Juta unit kereta terpakai, Dato’ Dr. Calvin Yap, telah lama berhasrat untuk membuka platform fizikal untuk berkongsi pengetahuan dan profesinya dalam industri pembelian and penjualan kereta terpakai. Buat masa sekarang, keinginan Car King telahpun dicapai dengan pelancaran Car King Academy (sebelumnya diumumkan sebagai International Automotive Certified Institute’), dimana Dato’ Dr. Calvin Yap dapat mengajar dan memberi latihan kepada para pesertanya bersama dengan pelatih-pelatih Car King Academy - Dato’ Clifford Oh, Chester Yap, Zero Lee, Yi Wen, and CK Lum.

Dato’ Dr Calvin Yap (Pengasas Car King Agency & UI Hire Berhad)

Dato Car King adalah seorang yang amat bersemangat dan selalu memberi inspirasi kepada pesertanya dalam seminar Car King Academy. Sesiapa sahaja yang mengenali Dato’ Dr. Calvin Yap akan selalu mengingati kata-katanya, “Terus bergigih, dan percaya kepada diri sendiri. Jangan berputus asa atau berasa segan untuk menghadapi pelanggan dan sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan”. Ilmu yang disampaikan oleh Dato’ Dr. Calvin Yap adalah sesuatu yang amat istimewa dan beliau adalah seorang yang sentiasa bersedia untuk membantu dan berkongsi pengetahuannya dengan sesiapa sahaja yang menghampirinya.

Dato' Dr. Calvin Yap dengan pelatih-pelatihnya

Kerjayanya dalam penjualan kereta bermula dari perniagaan keluarganya, Yap Brothers Group, salah satu syarikat yang paling digemari dalam industri kereta terpakai, di mana Dato’  Dr. Calvin Yap bekerja keras untuk membina dan mengembangkan perniagaan keluarganya. Kini, dengan lebih dari 32 tahun pengalaman dan kejayaannya, dia ingin membantu masyarakat Malaysia melalui platform penjualan keretanya, dengan sistem ekonomi GIG, yang berpotensi untuk membawa berjutaan kepada pelabur-pelaburnya.

Dato’ Clifford Oh (CEO, UI Hire)

“Saya hanya ingin membantu masyarakat Malaysia untuk berjaya dalam industry kereta terpakai. Melalui program Car King Academy, saya berhasrat untuk berkongsi pengetahuan dan kepakaran saya dalam industri ini melalui kaedah yang berisiko rendah, pelaburan rendah, dan sangat menguntungkan,” kata Dato’ Dr. Calvin.

Dato' Dr. Calvin Yap bersama peserta Car King Academy

Turut hadir dalam majlis pra-pelancaran adalah pelatih dan peserta Car King Academy, serta Akhbar dan Media. Pihak yang berminat boleh mengunjungi pejabat Dato’ Dr. Calvin Yap yang baharu di Boulevard, Connaught Avenue, No.38, Jalan 9, Taman Bukit Cheras, atau melayari wesellforyou.online & https://www.facebook.com/dcycarking/  untuk maklumat lebih lanjut.

Dikenali sebagai Car King kerana menjual lebih dari 1 juta kereta terpakai, kebanyakan kereta yang dijual adalah kenderaan mewah